Pages

Saturday, December 24, 2016

Idola

 Salam Sore lagi sekali,

    Entah mengapa mood menulis saya datang membuak-buak pada hari ini. Mungkin kiranya saya sudah lama tidak menulis dan meluah perasaan pada kesayangan saya ini. Jadi wajarlah kiranya saya melakukan hasrat yang tertangguh ini. Idola. Timbul dua perasaan bila dengan perkataan ini. Ya, Idola.
Pertama, kagum. Keduanya takut.

   Kenapa Nadia? Apakah yang membelenggu fikiranmu? - monolog si hati

    Kita akan mengagumi seseorang yang kita anggap idola kerana kelebihannya. Semuanya nampak cantik, nampak bagus, nampak baik. Segala-galanya kita lihat pada seseorang itu menjadi terlalu sempurna hingga kita timbul satu rasa, iaitu teringin untuk menjadi sepertinya.

    Tetapi, bagaimana pula kalau KITA yang dikagumi? KITA yang menjadi idola pada seseorang. Sudah cukup baguskah kita? Cukup sempurnakah kita? Dan yang paling utama, layakkah kita untuk menyandar gelaran itu? Tidak, saya tidak ingin mengulas panjang. Cuma, terkadang terfikir bagaimana sekiranya kita berada di situasi itu. Situasi orang menyanjung kita tinggi sedangkan banyak lagi kelemahan yang mereka tidak ketahui. Bimbang? Sudah pasti. Bimbang timbul rasa ujub dan riak sekaligus kita mendapat murka dari Ilahi.

   Maka, pilihlah untuk menjadi yang sederhana.