Pages

Saturday, December 24, 2016

Life was not that easy

Bismillahirahmanirrahim,

    Selamat petang semua, Salam Sore.

     Iya, matamu melemahkan ku. Suara Jaz sangat mengalun sampai boleh buat saya terbuai hingga ke alam mimpi. Baiklah. Ada satu perkara ni sudah menjadi kebiasaan bagi saya. Bila sudah jatuh hati pada satu lagu itu, saya akan ulang sampai rasa muak. Muak disini bermaksud kalau kau sebut tajuk atau nyanyikan korus terimalah sedas jelingan manja dari saya HAHAHA sambil menulis ni saya cuba melakukan reaksi tersebut malangnya saya tahu kalian yang membaca takkan nampak. *gelak kerana terasa memalukan diri sendiri*

    Sejak berusia 18 tahun ini dan sudah menyambung pelajaran ke peringkat diploma, saya rasa banyak sudut dalam diri saya sudah berubah. Hm. Dari segi penampilan, percakapan, pemikiran juga emosi. Adakah perkara ini berbahaya bagi saya?  Adakah ini suatu perkara biasa atau saya sudah tidak waras? Okay, kalian sila abaikan soalan kedua itu. Sekadar hiperbola. Cuma, saya dapat simpulkan semakin kita membesar, hidup kita tidak semudah dahulu. Sepak bola, terjatuh, lalu bangun dan sambung kembali. Ya, tidak semudah dulu.

No comments:

Post a Comment